Aku dan Tariq :)

| 24 March | 2015 |        .

Selesai solat isya' , aku terus duduk di meja bilikku sambil menjeling jam ditanganku, jam menunjuk kan tepat jam sembilan malam. Sambil mengetuk ngetuk keyboard dengan mata yang mengantuk , membelek buku nota kecilku di sebelah laptop,

" Oh tinggal berapa hari je lagi nak ke tempat Tariq ". Bisik aku sendirian sambil tersenyum . Teringat terus hari pertama aku mengenali Tariq . 

* warna terus bertukar menjadi hitam putih * * effect drama mula di main kan * 

Satu hari yang panorama nya ada matahari juga angin bertiup tiup gitu, aku ber borak dengan ukhti ni, ( read as muayashah ) , lalu dalam per bualan , dia menyebut nama Tariq . 
Lalu diceritakan kepadaku , tentang satu kawasan yang tak jauh dari bumi uk ni . Yang aku akan pergi, tapi bukan untuk bertemu Tariq , 

Kerana ,

Tariq yang di maksudkan ni , bukanlah Tariq sebelah rumah bukanlah Tariq jiran belakang atau mana mana Tariq lagi, tapi yang di maksudkan adalah, Tariq bin Ziyad.

Juga kawasan yang di maksudkan itu adalah Andalusia, Spain .

Ketika zaman pemerintahan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik, Musa bin Nusair telah dilantik menjadi wakil khalifah di Afrika Utara, Musa telah mengislamkan Tariq bin ziyad . Pada masa tu rakyat di Andalusia menderita di bawah cengkaman pemerintahan raja yang kejam iaitu Raja Roderick dan banyak pihak tidak berpuas hati termasuk Gabenor Julian .

Gabenor Julian telah menawarkan pertolongan kepada Musa Nusair untuk menakluki Andalus dengan bersetuju memberi kemudahan yang diperlukan oleh tentera Islam seperti kapal dan lain lain.Musa b.Nusair tidak terus menerima tawaran tersebut kerana khuatir Julian hanyalah pengintip dan mahu memerangkap tentera Islam. Setelah meminta izin daripada khalifah pada ketika itu , Musa melantik tariq sebagai ketua tentera .

Setelah memahami peta andalusia, Tariq bersetuju untuk Meletakkan tenteranya di Satu kawasan yang belum ada orang. Lalu Julian menamakan tempat itu sebagai Jabal Tariq bersempena dengan nama Tariq yang kini dikenali sebagai Gibraltar.

Maka dengan itu terjadilah pertempuran antara tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq Ziyad dengan tentera Gotik yang dipimpin  Raja Roderick. Dalam pertempuran antara ramai tentera Roderick dan tentera Tariq . Bilangan tentera Roderick yang melebihi tentera Tariq bin Ziyad . 

“Di belakang kita lautan, di depan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah Subhanahu Wata’ala Subhanahu Wata’ala, kita datang ke bumi Andalusia untuk menjemput syahid atau meraih kemenangan” - Itulah kata-kata yang diucapkan Thariq bin Ziyad kepada para prajuritnya ketika mereka akan menaklukkan Andalusia.

Ditakdirkan tentera Tariq bin Ziyad berjaya menewaskan tentera Roderick pada ketika itu .

Itulah secara ringkasnya kisah penaklukan Andalusia . Boleh cari sejarah full ( tekan pada sumber yang benar ) .

Rahsia kemenangan islam pada masa itu tidak lain dan tidak bukanlah , kebergantungan Tariq dan tentera islam masa tu adalah pada Allah swt.  Perjuangan membebaskan andalusia membawa  bumi Andalusia bebas dan mengembangkan tugas dakwah. 

* tersenyum *  betapa hebatlah tentera tentera islam pada masa dulu . Di ceritakan juga hebatnya Tariq bin ziyad ni yang tidak tinggalkan solat dan begitu juga pasukan tenteranya .

Aku tersenyum bila teringat tentang kisah Panglima Tariq bin ziyad , menakluki spain menyebarkan dakwah,  Hebat kebergantungan nya pada Allah swt. 

Menarik terus telefon yang aku letakkan di atas meja berhampiran , lalu terus men-scroll contacts aku di whatsapp dan terus personal whatsapp seorang ukhti ni ,

bertanya pada nya " Salam dik , macam mana persiapan kita nak ke Spain ? " .

Kerana kita ke Spain bukan sahaja nak jalan jalan tapi nak ke tempat yang satu ketika dulu islam pernah menaklukinya dan melihat bumi spain dengan mata hati kita. InsyaAllah . Begitulah aku mengenali Tariq bin ziyad .

- naurahnorzan.




Captainnaurah:naurah norzan welcome to my blog ;D

Article Aku dan Tariq :) published by naurah norzan on Tuesday, March 24, 2015. 0 comment: posting Aku dan Tariq :)
 

0 comments:

Post a Comment

About Me

Followers

Twitter

Twitter
visit my twitter page: