kiriman whatsapp seorang teman.

Kiriman whatsapp seorang teman..

Suatu petang sedang sedang scroll , membaca berita di twitter, membaca blog orang lain ,


terterima kiriman whatsapp seorang sahabat, bertanyakan khabar, dah lama sangat dah tak bertanya khabar . Sedang random random ber whatsapp , walaupun sedar lah tak ada suatu perkara pun yang random dalam hidup ni , tertanyalah padanya tentang surah yang dia sedang hafaz . lalu dia pun menjawab " berita besar ". 

" Berita besar " " An-Naba" . aku tersenyum . 

Sebelum membalas kiriman whatsapp tersebut, aku membuka semula terjemahan surah tersebut sehelai demi sehelai. Aku yang masih lagi sedih , betapa ruginya aku tak faham bahasa arab.  yang masih membelek terjemahan bahasa melayu. 

Betapa kita dah lama dah di serang pemikiran. Yang semasa awal remaja, aku lah yang bersungguh sungguh belajar bahasa inggeris, ke kelas bahasa inggeris masa cuti lepas SPM, tapi tidak pula aku bersungguh sungguh belajar bahasa Alquran . Masih mencuba menerima pedih kenyataan tersebut , aku kembali pada " berita besar ".

Dalam surah ni , di ceritakan tentang golongan kafir yang bertanya tanya tentang hari kebangkitan yang sememangnya mereka meragui kebenaran peristiwa tersebut. Surah ni sangat membuka mata yang dunia ni tak kekal pun selamanya.

Betapa kita semua terkejar kejar nak dapatkan dunia tapi berapa kali kita terjatuh , terlupa , ter alpa tentang tujuan asal kita kat akhirat. Telah dijanjikan pun ada hari kiamat dan ada hari di mana amal kita akan di hisab. dalam ayat terakhir surah tersebut , 


78:40


Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari
manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah".


Ayat ni dah cukup dah buat, aku takut . dan semoga pada kalian juga. kita tak nak pun jadi orang yang rugi dan terlupa tentang apa yang Allah janjikan. lalu , aku membuka kembali kiriman whatsapp seorang teman tersebut dan menulis :


" Benar hidup ni seperti macam transit je , akhirat tu destinasi , dunia ni kita singgah je " .
betapa sukanya ada teman yang sentiasa membawa aku dekat padaNya. #notauntukdirisendiri. Salam.



naurahnorzan

Captainnaurah:naurah norzan welcome to my blog ;D

Article kiriman whatsapp seorang teman. published by naurah norzan on Tuesday, December 30, 2014. 1comments: posting kiriman whatsapp seorang teman.
 

1 comments:

  1. Good sharing
    Semoga terus kekal dan maju di jalan Tuhan

    ReplyDelete

About Me

Followers

Twitter

Twitter
visit my twitter page: