naurahnorzan.blogspotdotcom.

Adik usrah ..

| 26 March | 2015 |        .

Berkerut dahi aku menyusun video ringkas di laptopku sambil ukhti ukhti lain sibuk menyiapkan bookmark . Ada yang sedang sibuk menggunting , ada yang mewarna. Kerana terlalu banyak sangat melihat laptop , aku mulai bosan dan mula mengambil marker pen dan mengambil serpihan bookmark yang tersilap . 

" Kak , ni tak jadi kan , saya guna eh? " aku bertanya . " gunalah , awak nak buat apa ? " . Aku tersenyum dan terus melukis bulatan dan menggunting . 

Setelah beberapa minit , aku menyambung semula dengan aktiviti menampal . Ukhti tu melihat je , menggeleng kepala sedikit kerana dah terlalu biasa dengan ragam aku yang luar biasa .

Setelah beberapa minit , aku pun menunjukkan pada mereka hasil ciptaan aku " kak , tadaaaa ni penanda buku saya" . Mereka tersenyum .



" Kesian dia , tak lengkap pula " . Ukhti tu tersenyum bergurau . " Dah pergi ambil wudhu' , kita nak solat asar " sambung ukhti tu lagi .

Aku pun meninggalkan bilik tersebut dan terus ke tandas mengambil wudhu ' . Bila tiba je di bilik tersebut, mereka tersenyum . Dengan musykil aku mencari cari , penanda buku aku tadi . " kak , mana akak letak , tengok dah hilang " . Mereka tersenyum .

Mencari cari di sebalik surat khabar, timbunan pen,  aku ternampak , tersenyum besar , dan cuba menahan ketawa " kak , kenapa dia jadi macamni ? " tanya aku sambil merenung tambahan pada penanda buku tu.




Ukhti pun tersenyum , " dia g usrah tadi, mendapat tarbiyyah , dia decide nak berubah, hihi" bergurau . Aku terus ketawa cuba menahan sambil menggaru garu kepala. " Nah , ni adik usrah ".Kami pun terus bangun untuk menunaikan solat asar ber jemaah .

Setelah selesai solat , aku kembali ke tempat asal , menarik perlahan lahan laptop . Menekan video editing software dan mula meng copy paste subtitle untuk video event tersebut. Menjeling beberapa kali ke arah penanda buku yang aku buat tadi, Tapi jauh difikiran aku masih terfikir tentang  " tarbiyyah " .

Sungguh , tarbiyyah tu bersifat membentuk , dan mengubah kita. Usrah juga bukan atas paksaan
bukan juga ikut-ikutan.Bukanlah semata mata mendapat ilmu tapi tidak beramal dengan ilmu .Sangat rugilah kita , bukan sahaja usrah atau di mana sahaja kita mendapat ilmu agama , tapi tak cuba beramal dengan nya.  jika kita mendapat nikmat tersebut tapi lalai . 

Semoga, tarbiyyah menjadi ubat untuk kita dan semoga kita terus bergerak mencari redha Allah swt. " what is constant in life is change " , kita semua tidak sama dulu dan sekarang tapi semoga kita bergerak ke arah lebih baik , biar sedikit perubahan tu tapi tetap kerana Allah .

Aku meletakkan laptop ku ditepi dan mengambil semula penanda buku tersebut dan menambah lagi sesuatu padanya dan mengambil gambar. Aku tersenyum .

Datang pula ukhti lain , lalu memegang penanda buku ku dan bertanya , " ni apa ni ? " .

Aku tersenyum dan membalas ringkas . " adik usrah " . " adik usrah awak ke naurah ? " ketawa kecil . " tak , nama dia adik usrah " dan aku menceritakan kisah adik usrah ni kepada dia . Aku membuka handphone ku dan terus menunjukkan gambar terakhir padanya , 




" Comelnya gambar ni " katanya , aku membalas " adik usrah ni nak membawa ubat untuk umat dan memberi kesedaran untuk orang lain juga" .

Kerana pada akhirnya , kita mempunyai tanggungjawab walaupun di mana kita berada .

Salam ,
Naurahnorzan.
READMORE
 

Maaf , Ukhti nak Produktif .

| 25 March | 2015 |        .

Di suatu pagi yang sejuk, sambil mengemas bilik, dan menyusun buku buku ilmiah ( gitu ) di atas rak buku bersebelahan katil di bilikku, ringtone pun berbunyi " Adakah kau lupa , kita penah berjaya, menaungi dua pertiga dunia ... " . 

Ok tipu. Ringtone bunyi biasa je " beep beep ". Bunyi whatsapp dan msg msg masuk.

Teringat perbualan dengan seorang ukhti ni tentang handphone yang kita asyik scroll scroll. " adik nak tahu tak, ada orang ni , dia tak akan check whatsapp dia atau social network dia sampai tengahari , bila tegahari baru dia check whatsapp dia " .

Aku pun hairan dan bertanya " kenapa pula macam tu kak ? " ukhti ni pun menjawab " oh sebab pagi pagi tu dia taknak lah ada gangguan, dan boleh jadi produktif " .

" Habis , kalau ada apa apa emergency atau penting ?" Aku bertanya lagi dengan muka hairan tapi comel . " Oh kalau penting , dah tentu dia akan call , kalau call angkat lah mungkin emergency " .

Merenung handphone aku yang dari tadi berbunyi " beep beep " whatsapp dan social network yang masuk tak henti henti . Aku pun menjeling ke luar tingkap , cuba melupa kan hasrat nak check handphone . Sebab nak jadi produktif sebab terasa banyak sangat masa spend dekat phone, dekat social media dekat whatsapp.

Aku pun perlahan lahan menolak phone aku ketepi dan melangkah turun ke dapur , membuat secawan teh panas . Sekali lagi aku naik ke bilik, menjeling ke arah telefon milikku , masih berharap untuk produktif dan taknak membuang masa di social media .

Lalu hari tu pun berlalulah seperti biasa, aku membaca buku , memasak dan makan , menunaikan solat fardu , 

Yang luar biasanya aku tidak membuka telefon . Lalu , setelah selesai solat asar , aku pun mengambil telefon ku lalu berbisik,

" dah lama dah tak pegang phone" yang lebih kurang beberapa jam je. * ketawa kecil tapi sopan * 

Buka je telefon , aku terus terdiam.  Banyak sangat msg di hantar ke dalam inbox facebook.

Rupanya , meeting design making test. Sambil garu kepala sebab group mate project contact kata " Hi , we planned to have meeting today but couldn't reach you , where are you" . 

Msg itu dihantar melalui facebook sebab jujurnya, group mates local mostly tak ada pun whatsapp , dan lebih suka berkerja dengan facebook. Atau melalui email email di uni ,  bukan juga selalu menelefon untuk buat meeting . Jadi bukanlah salah mereka tidak menelefon . Mujurlah aku dah siap bahagianku dan boleh je email kepada ahli group.

* Gelak kecil * dan terus duduk dan muhasabah diri , kadang , tak salah pun kita check phone / whatsapp / social media yang penting , tapi priority kita apa . Kalau tidak penting pada masa tu mungkin kita boleh reply lambat sikit atau penting kan mana priority . 

Jadi bukan tak boleh ber social media atau ber whatsapp tapi untuk apa dan berapa masa yang kita berikan . * tingg. Tidak perlu pun kita bersusah payah avoid handphone kita tetapi kitalah yang tentukan apa yang kita patut buat pada masa tu .

Kerana pada akhirnya , kita akan dipersoalkan Allah swt , di manakah masa yang Allah berikan pada kita yang kita gunakan  (: 

*ringtone pun berbunyi *
" adakah kau lupa , kita pernah berjaya menaungi dua pertiga dunia ..." Sekali lagi tipu , bunyi ringtone " beep beep " je , terus aku baca dan ia kiriman whatsapp dari ukhti yang tersayang meminta bantuan aku membelikan barang di lidl . 

Terus aku reply " wsalam ukhti , anything for you, kalau nak se packet spaghetti , dua packet pun mampu ana belikan " manis diabetes.

Have a good and productive day .
InsyaAllah . - naurahnorzan



READMORE
 

Aku dan Tariq :)

| 24 March | 2015 |        .

Selesai solat isya' , aku terus duduk di meja bilikku sambil menjeling jam ditanganku, jam menunjuk kan tepat jam sembilan malam. Sambil mengetuk ngetuk keyboard dengan mata yang mengantuk , membelek buku nota kecilku di sebelah laptop,

" Oh tinggal berapa hari je lagi nak ke tempat Tariq ". Bisik aku sendirian sambil tersenyum . Teringat terus hari pertama aku mengenali Tariq . 

* warna terus bertukar menjadi hitam putih * * effect drama mula di main kan * 

Satu hari yang panorama nya ada matahari juga angin bertiup tiup gitu, aku ber borak dengan ukhti ni, ( read as muayashah ) , lalu dalam per bualan , dia menyebut nama Tariq . 
Lalu diceritakan kepadaku , tentang satu kawasan yang tak jauh dari bumi uk ni . Yang aku akan pergi, tapi bukan untuk bertemu Tariq , 

Kerana ,

Tariq yang di maksudkan ni , bukanlah Tariq sebelah rumah bukanlah Tariq jiran belakang atau mana mana Tariq lagi, tapi yang di maksudkan adalah, Tariq bin Ziyad.

Juga kawasan yang di maksudkan itu adalah Andalusia, Spain .

Ketika zaman pemerintahan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik, Musa bin Nusair telah dilantik menjadi wakil khalifah di Afrika Utara, Musa telah mengislamkan Tariq bin ziyad . Pada masa tu rakyat di Andalusia menderita di bawah cengkaman pemerintahan raja yang kejam iaitu Raja Roderick dan banyak pihak tidak berpuas hati termasuk Gabenor Julian .

Gabenor Julian telah menawarkan pertolongan kepada Musa Nusair untuk menakluki Andalus dengan bersetuju memberi kemudahan yang diperlukan oleh tentera Islam seperti kapal dan lain lain.Musa b.Nusair tidak terus menerima tawaran tersebut kerana khuatir Julian hanyalah pengintip dan mahu memerangkap tentera Islam. Setelah meminta izin daripada khalifah pada ketika itu , Musa melantik tariq sebagai ketua tentera .

Setelah memahami peta andalusia, Tariq bersetuju untuk Meletakkan tenteranya di Satu kawasan yang belum ada orang. Lalu Julian menamakan tempat itu sebagai Jabal Tariq bersempena dengan nama Tariq yang kini dikenali sebagai Gibraltar.

Maka dengan itu terjadilah pertempuran antara tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq Ziyad dengan tentera Gotik yang dipimpin  Raja Roderick. Dalam pertempuran antara ramai tentera Roderick dan tentera Tariq . Bilangan tentera Roderick yang melebihi tentera Tariq bin Ziyad . 

“Di belakang kita lautan, di depan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah Subhanahu Wata’ala Subhanahu Wata’ala, kita datang ke bumi Andalusia untuk menjemput syahid atau meraih kemenangan” - Itulah kata-kata yang diucapkan Thariq bin Ziyad kepada para prajuritnya ketika mereka akan menaklukkan Andalusia.

Ditakdirkan tentera Tariq bin Ziyad berjaya menewaskan tentera Roderick pada ketika itu .

Itulah secara ringkasnya kisah penaklukan Andalusia . Boleh cari sejarah full ( tekan pada sumber yang benar ) .

Rahsia kemenangan islam pada masa itu tidak lain dan tidak bukanlah , kebergantungan Tariq dan tentera islam masa tu adalah pada Allah swt.  Perjuangan membebaskan andalusia membawa  bumi Andalusia bebas dan mengembangkan tugas dakwah. 

* tersenyum *  betapa hebatlah tentera tentera islam pada masa dulu . Di ceritakan juga hebatnya Tariq bin ziyad ni yang tidak tinggalkan solat dan begitu juga pasukan tenteranya .

Aku tersenyum bila teringat tentang kisah Panglima Tariq bin ziyad , menakluki spain menyebarkan dakwah,  Hebat kebergantungan nya pada Allah swt. 

Menarik terus telefon yang aku letakkan di atas meja berhampiran , lalu terus men-scroll contacts aku di whatsapp dan terus personal whatsapp seorang ukhti ni ,

bertanya pada nya " Salam dik , macam mana persiapan kita nak ke Spain ? " .

Kerana kita ke Spain bukan sahaja nak jalan jalan tapi nak ke tempat yang satu ketika dulu islam pernah menaklukinya dan melihat bumi spain dengan mata hati kita. InsyaAllah . Begitulah aku mengenali Tariq bin ziyad .

- naurahnorzan.




READMORE
 

Murobbi yang hebat !

01.01.2015                     .

Di sebalik hebatnya seorang daei ,
Di sebalik hebatnya seorg manusia ,

Pasti berdiri di belakangnya seorang murobbi ( pendidik ) yang hebat  ,

Macam mana Sultan Muhammad Alfateh punya Syaikh Syamsuddin ,

Kerana hanya murobbi yang hebat , mampu membentuk manusia hebat . 

Nak jadi macam para sahabat juga, macam Sultan Muhammad Alfateh . #2015 .
READMORE
 

Followers

Twitter

Twitter
visit my twitter page: