tidak ku dengar suaramu .

Bismillahirahmanirahim,

Setiap kata kata yang saya tuliskan pada post ini memerlukan kekuatan kerana saya juga punya perasaan. Niat dan tujuan saya mengetuk keyboard harini adalah untuk serba sedikit merawat hati hati yang masih terluka dengan hakikat yang perlu di telan. Tidak terlintas di hati saya meninggalkan kawan kawan yang sedang terluka begitu sahaja walaupun saya juga masih sedang menerima. Memang tidak dapat dinafikan begitu sedihlah jika sesuatu yang kita hajatkan tidak kesampaian ataupun sesuatu terlepas dari genggaman, namun , apabila kita telah meredhai Allah SWT sebagai Tuhan kita, dan Islam sebagai agama kita, dan Muhammad S.A.W sebagai rasul kita , namun percayalah kata kata Allah dan refresh tujuan kita yang nyata, iaitu syurga. Maka hapuskanlah air mata yang jatuh bertitisan tanpa henti itu. Sebelum saya menyambung kata kata saya lagi, sudilah saya berkongsi ini dengan kalian yang masih terluka:



"..Terimalah apa yang telah Allah berikan pada kamu dan jadilah mereka yang bersyukur.."(al-A'raf:144)
" Sesungguhnya bisikan itu daripada syaitan untuk membuat orang beriman bersedih..."(al-Mujadalah:10)
"...tiada sekali-kali apa yang menimpa kami kecuali telah ditetapkan Allah utk kami.."(at-Taubah:51)
"...barangkali Allah mahu membuat sesudah itu satu hal yang baru."(at-Tolaq:1)
"..Kesejahteraan dan berbahagialah ke atas kamu kerana telah bersabar menerima cubaan-Nya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan.."(ar-Ra'ad:24)
"Sesungguhnya selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan"(al-Insyirah:6)
Saya memahami perasaan kalian kerana saya juga terluka apabila meng log in page tersebut. tapi janganlah   sesekali anda berputus asa dengan kehidupan seolah olah tiada apa lagi yang tinggal. Mungkin Allah mempunyai perancangan yang lebih baik buat kita. kita tidak mengetahui apa pun sedangkan Allah mengetahui segala galanya. Pernah saya terbaca, dalam sebuah buku yang bertajuk La tahzan ditulis oleh Dr.'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni. 
" Bila anda tiba di waktu pagi, maka ingatlah bahawa pagi itu telah menyapa beribu ribu orang yang tidak beruntung, sementara anda sedang berada dalam kenikmatan. ia menyapa beribu ribu orang, yang kelaparan, sementara anda sendiri kekenyangan" - Dr.'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni.
Mungkin kata kata tersebut mampu membuatkan kita bersyukur dengan nikmat lain yang kita beroleh, kerana setiap manusia itu punya ujian yang berbeza. Janganlah sesekali kalian merasa terlalu sedih berpanjangan. Benar, kita semua sudah berusaha, menghadirkan diri setiap pagi ke kelas, tidur lewat setiap malam, sama seperti yang lain namun nasib tidak menyebelahi kita. Teman, janganlah kamu menyalahkan takdir kerana siapalah kita yang tidak tahu apa apa pun. Setiap di antara kita punya harapan yang tercalar, tapi biarkanlah harapan itu kelak menjadi semangat untuk kita bangun esok lusa. jangan berhenti berdoa kerana Allah itu ada mendengar segala gala nya. Saya tidak mahu meninggalkan kawan yang terluka walaupun saya juga sedang menerima. teman, saya masih di sini . sama seperti dulu . akhir kata dari saya, kita doa terbaik untuk dua belas haribulan julai, dan sambutlah salam ramadhan dari saya dan hapuslah airmata itu .hidup ini memang kadangkala sakit sekali, tapi esokkan ada lagi? - naurahfaiqah syazwani bt norzan. seorang teman memberikan ini kepada saya:





Captainnaurah:naurah norzan welcome to my blog ;D

Article tidak ku dengar suaramu . published by naurah norzan on Monday, July 8, 2013. 1comments: posting tidak ku dengar suaramu .
 

1 comments:

  1. salam awak :)

    bicepss.

    waktu-waktu begini sebenarnya yang buat kita rasa kita sangat dekat dengan Dia. believe me, one day, u'll look back, u'll definitely miss these days. nothing else we want in this life aite except to be close to Him :)

    stay strong dan always bersangka baik dgn Dia k ? we never know, indeed He is the best Planner :)

    just keep swimming. because, Allah gives the hardest battle to His strongest soldier. *huggkuatkuatmogabagisemangatdankekuatan*

    ReplyDelete

About Me

Followers

Twitter

Twitter
visit my twitter page: