Goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ...

Assalamualaikum wbt,

Sedar tak sedar, dah habis dah semua class dan dah tamatlah pengajian tahun satu di Cardiff, Alhamdulillah dah banyak dah perkara yang di lalui, pahit manis, dan baru baru ni baru tamat exam finals.( doakan plis) tapi masih ramai kawan kawan yang masih sedang berjuang dengan exam dan ada juga yang masih ada assignment dan lain lain. 

Cakap pasal exam, selalu minta nasihat daripada kawan kawan dan ter sentap bila dengar tentang kisah maryam ( nama yang tak asing dari kita saya kira ) dan tadabur surah maryam :

Maryam di uji mengandungkan nabi isa tanpa bapa dan kemudian di uji lagi saat nak lahirkan nabi Isa dan ketika itu dia keseorangan dan takde siapa tolong dia. tapi Allah swt kirimkan Jibril untuk menenangkan Maryam :

Kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia (Maryam) berkata, "Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan."

Maka dia (Jibril) berseru kepadanya dari tempat yang rendah, "Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.

Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.

(Surah maryam (19) : 23-25)  

Seluruh kisah ni sangatlah bermakna dan indah. Kalau kita lihat dalam keadaan kesakitan Maryam dan hanya Allah yang ada untuk maryam. dan boleh je Allah nak bagi je kurma tu kepada dia tapi Allah ajarkan maryam untuk berusaha ( goncangkan pohon pokok kurma ). Disitulah hikmahnya. Allah nak ajarkan kita supaya berusaha. dan Allah nampak usaha kita. 

Kalau fikir dan reflect balik mungkin kadang kadang kita rasa kita tak mampu nak buat sesuatu , tapi yang penting kita dah usaha sehabis baik dah pun dan kita serahkan semua dekat Allah SWT :) :) so, jom berusaha sehabis baik ? 



-naurahnorzan-
Okay gambar hiasan sahaja. takde kene mengena ;D

Captainnaurah:naurah norzan welcome to my blog ;D

Article Goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ... published by naurah norzan on Monday, May 26, 2014. 2 comment: posting Goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ...
 

2 comments:

  1. yup2, usaha tu yg Allah nak tgk, bkn natijahnya. hebat kisah maryam, sy pon baru je tadabbur ayat ni dlm usrah baru2 ni but kesan dia smpai skrg. myb sbb tgh final exam kot, so ayat ni mcm sentiasa mengingati diri utk jgn pernah lelah dlm berusaha. sbb utk Allah berikan sesuatu pada kita, takkan terjadi dgn kita hanya goyang kaki je. tawakkal pon tak valid kalau kita tak cukup berusaha smpai ke akhirnya uhuk2. btw, all the best for your result! ;)

    ReplyDelete
  2. best lah habis exam. Da usahakan? insyaAllah semua ok lerrrr Aminn

    btw, gmbr tu time jalan2 ke?

    ReplyDelete

About Me

Followers

Twitter

Twitter
visit my twitter page: