Memberi nasihat (:

Kita hidup dikelilingin ramai kawan, sahabat, kenalan, dan ada je masa nya yang diorang minta nasihat daripada kita. Sbb busy, wajar ke kita ignore?

Dalam banyak situasi, selalu je kita terlepas pandang hak kawan kita, dan seseorang mengingatkan saya pada hak kita dengan muslim lain (:

Dalam sabda Rasulullah; maksudnya “apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat kepada saudaranya maka hendaknya memberi nasihat”.

Barulah saya faham, kita ada kewajipan menunaikan hak seorang muslim kepada muslim lainnya . So, kalau ada kawan kita minta nasihat daripada kita, janganlah kita ignore dia /:



- naurahnorzan -

READMORE
 

Mendaki Bukit (:

Dalam hidup ni banyak je benda lagha yang kita buat , dan mungkin kita pun tak sedar , Saya tanya pada seorang sahabat "kenapa kita kena tglkan benda lagha ?" 

Dia berkata: " perjalanan kita ni umpama menaiki bukit, kalau naik bukit kita nak bawak beg berat ke beg yang ringan ?".

Mestilah jawapannya " ringan" , jadi , kalau kita tak cuba buang benda benda lagha ni , maka lambatlah perjalanan kita.

Memang tak mungkin kita nak stop semua benda lagha yang kita buat , tapi sekurang kurang nya mampu kita kurangkan ?

peringatanpenting untuk diri sendiri (':


-naurahnorzan-

READMORE
 

Hidup dan pilihan

Hidup dan pilihan.

Dalam hidup kita punya pilihan,
Dari kecil konsep ini seolah olah ada kewujudan, dari kecil kita ada pilihan bermain, belajar dan berkawan, kita tidak rasa kehadiran pilihan kerana kita terlalu banyak bantuan, masa kecil papa mama ibu ayah pilihkan.

Bila dewasa,
Pilihan kita yang tentukan,
Tanpa sedar makin dewasa makin besar pilihan, kerana makin dewasa makin sedar tentang masa depan,
Tadahlah tangan minta pada tuhan,
Hanya Dia yang punya jawapan,
Moga Dia bukakan jalan,
Moga Dia permudakan.

Bersyukur kita masih mampu bezakan,
Sedang ramai yang masih kekeliruan,
Mana satu pilihan mana yang bukan,
Solat itu bukan pilihan tapi kewajipan. 


Naurahnorzan
READMORE
 

Sungguh pengakhiran sentiasa lebih baik dari permulaan.

Megah namanya terukir di kubah , menusuk setiap hati yang tabah , yang mengejar redhanya tanpa lelah, tanpa mengenal definisi menang dan kalah . 

Lalu ku atur langkahku ,
Satu demi satu, 
Kerana ku percaya, 
Dan sentiasa percaya,
Yang sungguh pengakhiran sentiasa lebih bermakna dari suatu permulaan. 

Naurahnorzan
READMORE
 

About Me

Followers

Twitter

Twitter
visit my twitter page: