Assalamualaikum wbt,
Sedar tak sedar, dah habis dah semua class dan dah tamatlah pengajian tahun satu di Cardiff, Alhamdulillah dah banyak dah perkara yang di lalui, pahit manis, dan baru baru ni baru tamat exam finals.( doakan plis) tapi masih ramai kawan kawan yang masih sedang berjuang dengan exam dan ada juga yang masih ada assignment dan lain lain.
Cakap pasal exam, selalu minta nasihat daripada kawan kawan dan ter sentap bila dengar tentang kisah maryam ( nama yang tak asing dari kita saya kira ) dan tadabur surah maryam :
Maryam di uji mengandungkan nabi isa tanpa bapa dan kemudian di uji lagi saat nak lahirkan nabi Isa dan ketika itu dia keseorangan dan takde siapa tolong dia. tapi Allah swt kirimkan Jibril untuk menenangkan Maryam :
Kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia (Maryam) berkata, "Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan."
Maka dia (Jibril) berseru kepadanya dari tempat yang rendah, "Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.
Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.
(Surah maryam (19) : 23-25)

Seluruh kisah ni sangatlah bermakna dan indah. Kalau kita lihat dalam keadaan kesakitan Maryam dan hanya Allah yang ada untuk maryam. dan boleh je Allah nak bagi je kurma tu kepada dia tapi Allah ajarkan maryam untuk berusaha ( goncangkan pohon pokok kurma ). Disitulah hikmahnya. Allah nak ajarkan kita supaya berusaha. dan Allah nampak usaha kita.
Kalau fikir dan reflect balik mungkin kadang kadang kita rasa kita tak mampu nak buat sesuatu , tapi yang penting kita dah usaha sehabis baik dah pun dan kita serahkan semua dekat Allah SWT :) :) so, jom berusaha sehabis baik ?
-naurahnorzan-
Okay gambar hiasan sahaja. takde kene mengena ;D