Hidup dan pilihan

Hidup dan pilihan.

Dalam hidup kita punya pilihan,
Dari kecil konsep ini seolah olah ada kewujudan, dari kecil kita ada pilihan bermain, belajar dan berkawan, kita tidak rasa kehadiran pilihan kerana kita terlalu banyak bantuan, masa kecil papa mama ibu ayah pilihkan.

Bila dewasa,
Pilihan kita yang tentukan,
Tanpa sedar makin dewasa makin besar pilihan, kerana makin dewasa makin sedar tentang masa depan,
Tadahlah tangan minta pada tuhan,
Hanya Dia yang punya jawapan,
Moga Dia bukakan jalan,
Moga Dia permudakan.

Bersyukur kita masih mampu bezakan,
Sedang ramai yang masih kekeliruan,
Mana satu pilihan mana yang bukan,
Solat itu bukan pilihan tapi kewajipan. 


Naurahnorzan
 

Sungguh pengakhiran sentiasa lebih baik dari permulaan.

Megah namanya terukir di kubah , menusuk setiap hati yang tabah , yang mengejar redhanya tanpa lelah, tanpa mengenal definisi menang dan kalah . 

Lalu ku atur langkahku ,
Satu demi satu, 
Kerana ku percaya, 
Dan sentiasa percaya,
Yang sungguh pengakhiran sentiasa lebih bermakna dari suatu permulaan. 

Naurahnorzan
 

About Me

Followers

Twitter

Twitter
visit my twitter page: